Keunikan Pelaburan Emas Yang Anda Wajib Tahu

Home » Keunikan Pelaburan Emas Yang Anda Wajib Tahu
Keunikan Pelaburan Emas

Salah satu fungsi emas adalah ianya boleh dibuat pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang, pelabur emas akan gunakan teknik “Buy Low Sell High” untuk mendapatkan untung.

Salah satu keunikan pelaburan emas adalah cara beli dan jual sangat mudah, tidak perlu pihak ketiga atau lawyer untuk menguruskan pembelian emas.

Serah duit dapat emas, serah emas dapat duit. Cara simpan emas pun mudah, 1000g nak simpan di rumah pun boleh!

Rujuk gambar untuk pengiraan mudah pelaburan emas bagaimana pelabur membuat keuntungan mudah RM7,000 (4.21%) dalam masa 5 bulan!

Kita juga boleh set target keuntungan sendiri, jika rasa berbaloi dengan keuntungan hari ini boleh terus jual tanpa perlu tunggu tempoh matang (genap setahun).

Kan seronok bila ada kekayaan dan pelaburan yg kita boleh kawal sendiri keuntungannya!

Perkara yang paling menarik adalah anda boleh menggunakan Ar-Rahnu yang patuh syariah sebagai tempat untuk pajakkan untuk mendapatkan wang. Wang itu ada boleh guna untuk rolling dulu sebelum tebus kembali emas yang dipajak. Oh! lupa pula, harga pajakkan mengikut harga semasa tau!

Misalnya, anda beli emas pada kadar harga RM180/gm. Andaikan tiba-tiba harga emas melonjak naik mendadak RM250/gm anda masukkan barang di Ar-Rahnu, anda akan dapat pinjaman sebanyak 70-75% untuk pertama kali. Jika anda pernah masukkan barang di Ar-Rahnu sebelum ini, anda boleh dapat 80% pinjaman daripada Ar-Rahnu. 

Untuk memudahkan pemahaman anda, jika harga anda beli RM180/gm. Anda masukkan barang di Ar-Rahnu dapat pinjaman sebanyak 75% ini bermakna anda dapat sebanyak RM135/gm. Jika harga naik RM250/gm, pinjaman yang anda dapat adalah sebanyak 75% daripada harga terkini RM187.50/gm! nampak tak? hehe

Ada banyak lagi ilmu emas yang saya akan kongsikan pada anda. Paling penting adalah untuk anda bermula dari sekarang..

Anda masih tidak tahu cara untuk bermula membuat pelaburan emas?

Ingin Ilmu PERCUMA tentang SIMPANAN EMAS?
Sila isi nama anda di bawah

Kongsikan Manfaat Ini:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda ingin bermula membuat simpanan dalam bentuk E M A S, tetapi masih tidak tahu bagaimana ingin bermula dengan cara yang betul? Tekan butang di bawah, saya akan bantu.

Scroll to Top