Jika Ada Duit Lebihan Simpan Duit Atau Emas?

Home » Jika Ada Duit Lebihan Simpan Duit Atau Emas?
Simpan duit atau emas

 

Apa yang anda akan lakukan jika mempunyai lebihan wang? adakah anda memilih untuk menyimpan di dalam bank? atau menyimpan di dalam bentuk emas?

Jika kita lihat pada hari ini, duit kertas RM100 adalah note paling besar untuk kita buat transaksi setiap hari bagi tujuan jual dan beli.

Asal usul note RM100 adalah sekeping kertas yg diberikan dan dipaksa nilai RM100 hari ini oleh kerajaan, tanpa jaminan kerajaan duit kertas RM100 ini hanya sekeping kertas!

RM100 boleh rasa kecil bila dibelanjakan, buat keluar RM100 dari ATM dalam masa 1 hari pun boleh habis. Makan KFC, minum starbucks, beli topup dan bayar parking check balik duit RM100 cuma tinggal baki sikit lagi.

RM100 boleh rasa besar bila nak disimpan, macam rasa bersalah pada diri sendiri pun ada! Itulah penyakit yg paling payah nak ubat bila ada duit, masa tiada duit baru sedar kena ada simpanan.

Jika kita konsisten RM100 setiap bulan cukup setahun dah ada RM1200, boleh buat bayar insurans dan roadtax kereta. Kalau tiada kereta boleh buat pergi travel hujung tahun.

RM100 hari ini tak sama dengan RM100 pada 10 tahun akan datang, jika hari ini RM100 boleh beli penuh tangan di pasar tapi belum tentu boleh beli benda yg sama pada 10 tahun akan datang.

Berbeza pula dengan emas, jarang kita dengar siapa yang membuat simpanan emas rugi! setiap tahun PASTI akan ada perningkatan pada nilainya. Lihat harga emas pada tahun 2000 dan harga pada masa sekarang 2019. Jauh berbeza nilai untuk 1 gram emas. Siapa yang membeli emas pada 10 tahun lepas pasti sudah merasa kemanisan simpanan dalam bentuk emas berbanding simpanan dalam bentuk duit.

Lindungi nilai duit dengan emas, nilai emas yg kekal boleh selamatkan duit simpanan kita dari dirompak inflasi setiap tahun.

Simpan emas orang kaya kekal kaya, orang sederhana boleh jadi kaya dengan emas. Nak kaya kata kuncinya adalah menyimpan!

INGIN BERMULA MEMBUAT SIMPANAN EMAS TETAPI TIDAK TAHU BAGAIMANA?

Kongsikan Manfaat Ini:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda ingin bermula membuat simpanan dalam bentuk E M A S, tetapi masih tidak tahu bagaimana ingin bermula dengan cara yang betul? Tekan butang di bawah, saya akan bantu.

Scroll to Top